Gadis 17 Tahun Yang Disembelih Teman Lelaki
Rakan Dedah Sikap Sebenar Gadis 17 Tahun Yang Disembelih Teman Lelaki | Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun telah disahkan meninggal dunia selepas dirogol lalu disembelih oleh teman kelakinya di sebuah pangsapuri di Bandar Baru Teluk Kumbar, Pulau Pinang beberapa hari yang lepas.
Mangsa yang dikenali Mayat Intan Suraya Mawardi dijumpai oleh bapanya di atas katil dalam keadaan berlumuran darah sekitar pukul 7.30 malam.
Bapa mangsa yang baru sahaja pulang ke rumah telah beberapa kali memanggil nama anak perempuannya itu tetapi tidak disahut.
Dengan perasaan curiga, dia terus ke bilik mangsa dan mendapati anak kesayangannya itu sedang baring dengan dibaluti selimut.
Susulan daripada itu, dia telah menyelak selimut yang membaluti anaknya dan terkejut apabila mendapati dia sudah tidak bergerak lagi.
No comments:
Post a Comment