Gambar kiri hiasan sahaja |
"Kenapa tak boleh tanya? Sensitifnya!"
Bukan tak boleh bertanya. Bertanyalah dengan seni dan adabnya. Penat si ibu ini melahirkan, menyusu siang malam. Tidur tak tentu. Badan sakit-sakit. Soalan-soalan begini bukan membantu tapi menyakitkan.
Ini survey yang saya buat. Terima kasih yang mengambil bahagian dalam survey ini.
Eh anak awak tak jalan lagi? Pakailah walker. Cepat sikit jalan.
Eh anak awak tak ada gigi lagi? Dah setahun dah kan?
Eh kurusnya anak awak. Tak makan ke?
Eh tak cerai susu badan lagi? Kan dah 2 tahun.
Eh tak campur susu ke? Tak susah ke nak kerja?
Eh kenapa tak bagi nestum biar cepat kenyang.
Eh berdukung je. Tak manja ke anak tu nanti.
Eh anak awak tak pakai buai? Macam susah je nak tidurkan.
Eh tak pakai stokin ke anak tu?
Eh demam lagi? Bukan dia baru demam ke bulan lepas?
Eh anak awak tak pandai cakap lagi?
Ada seni nak bertanya. Ada seni nak bermesra. Bertanya jangan sampai menyakiti. Jom kita saling melengkapi. Lengkapkan diri dengan ilmu. Banyakkan membaca. Jika kita ada ilmu, kita tak akan tergamak bertanya soalan-soalan di atas.
Ashikin Hashim
Terdidik dan Mendidik
Mawaddah Edu Kids
No comments:
Post a Comment