Berita palsu tentang kematian artis berkenaan dikesan pada lewat petang tadi dan ianya tersebar dengan pantas melalui perkongsian oleh netizen.
Malah, ada peminat Pekin yang mempercayai berita palsu berkenaan sehingga menyebabkan ianya menjadi viral.
Menurut makluman, Pekin sendiri telah menghubungi portal berita Astro Awani bagi mengesahkan berita tentang kematiannya adalah Palsu. Beliau juga kesal kerana ada individu yang sanggup mempermainkan tentang hidup mati seseorang.
Sebelum ini, pelakon terkenal Datuk Jalaludin Hasan juga menerima nasib serupa apabila diberitakan telah meninggal dunia. Diharap perbuatan menipu melalui media sosial ini tidak menjadi trend dan ianya harus dicegah sebelum menular.
No comments:
Post a Comment