Syafiq melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu keluarga balu bapanya (isteri kedua) mengalami kesukaran hidup.
Melalui Melodi sebelum ini, ibu tirinya itu mengadu tiada yang datang membantu melainkan hanya rakan baik Harun Salim Bachik iaitu Afdlin Shauki.
Bagi Syafiq, sebarang masalah dalaman sepatutnya boleh diselesaikan secara kekeluargaan terlebih dahulu tanpa melibatkan pihak luar.
Syafiq menyatakan ayahnya sentiasa mementingkan nilai kekeluargaan mendidik anak-anak dan selalu berpesan bahawa wang dan kebendaan sentiasa boleh dicari namun hubungan kekeluargaan tiada galang gantinya.
Ini komen Syafiq:
"Saya pun serba salah nak komen, tetapi memanglah rasa terkilan apabila beliau berkata tiada sesiapa membantu keluarga isteri arwah ayah di sana kecuali Afdlin (Shauki),"
"Saya tertanya-tanya, mengapa jadi begitu?"
"Insya-Allah kami akan cuba selesaikan apa saja salah faham itu nanti,"
Syafiq akui pernah cuba berhubung dengan ibu tirinya itu. Namun panggilan telefon atau mesej semuanya tidak berjawab.
Tetapi Syafiq berkata dia akan cuba mencari penyelesaian terbaik untuk merapatkan semula hubungan keluarganya dan juga balu bapanya.
Walaupun dua anak Harun bersama Suriati adalah adik tirinya, Syafiq tetap menganggap mereka sebagai darah daging sendiri.
Syafiq mahu bapanya dikenang sebagai pelakon dikagumi ramai dan bukannya dibayangi sebarang masalah peribadi atau keluarga.
"Biar orang ingat arwah yang sedang berada di puncak kerjaya," katanya.
Syafiq berkata demikian ketika menghadiri tayangan amal filem Polis Evo yang merupakan lakonan terakhir ayahnya.
Untuk makluman, Harun Salim Bachik berkahwin dengan Martinah Ahmad dan memperoleh empat anak, termasuk Syafiq.
Selepas bercerai, Harun kemudian berkahwin pula dengan Suriati Mohd Noor dan pasangan itu mendapat dua anak.
No comments:
Post a Comment