Friday 3 July 2015

PENDEDAHAN MELAMPAU PASARAYA 99 SPEEDMART YANG MENIPU PELANGGAN DENGAN CARA LICIK


Kiriman dari warga Facebook yang mendedahkan kelicikkan pasar raya 99 Speedmart Alam Avenue menipu pelanggannya. Moga para pembaca mengamalkan sikap memeriksa resit pembayaran sebelum keluar dari mana-mana pasar raya agar tidak ditipu oleh peniaga yang tamak haloba.

Sekadar perkongsian bersama,

Berhati-hati ketika shopping di pasar raya. Semak betul-betul sebelum meninggalkan kaunter, terutamanya bab harga.

Kadang-kadang kita pergi shopping, kita kira dulu budget kita sebab khuatir tak cukup duit nanti kan. Jadi, kita pun ambil barang tu, confirm mata tengok harga dulu kan. Oleh kerana tak nak over budget, macam itulah saya.



Dalam dompet saya memang ada RM20 sekeping je masa beli Milo dan Horlick. Sebab tengok harga, masih di bawah RM20, jadi dengan yakinnya saya pergi ke kaunter dan beratur. Sampai giliran saya, jumlah kesemuanya RM21.75.
Saya tercengang sekejap. Padahal dah sediakan RM20 nak hulur. Saya pun tercari-cari dalam dompet. Alhamdulillah ada terselit RM50 dalam beg. Syukur, kalau tak malu dibuatnya.
Ingatkan mata saya yang salah tengok dan kira harga. Tanpa melihat resit, saya terus naik motosikal dan balik ke rumah. Tergerak pula hati nak check balik resit tadi.
"Patutlahh...!"
Itu je yang termampu nak cakap sebab nak pergi balik, rasa macam nanti dia (Cashier Speedmart) kata saya ni berkira sangat sebab beza beberapa sen je. Tetapi rasa hati nak tanya juga, terus datang ke kaunter itu dan tanya.
Lepas itu, dia (cashier) kata "Maaf kak, salah tag. Yang scan tu harga sebenar," jelasnya dengan senyuman sinis.
Aku pun cuma mampu kata 'Okay'. Dalam hati, "Hurmm dah berkali datang kedai, asyik salah tag je ke?".
Nasib baik saya beli dua barang je. Kalau la semua harga barang asyik salah tag je, mau tak banyak rugi duit kita dan lari budget kita. Kecuali bag imereka yang kaya dengan duit dan yang tak ambil kisah dan hairan bab harga. Sekian.

No comments:

Post a Comment