Wednesday 7 June 2017

Mat Sentol NEKAD Dedah Kekayaan Yang Beliau Miliki ! PERGHHHH !



Dituduh Miskin Kerana Berjalan Kaki, Mat Sentol NEKAD Dedah Kekayaan Yg Beliau Miliki ! PERGHHHH !






Mat Sentol kesal dengan fitnah bahawa dirinya hidup melarat, hanya kerana gambar yang memperlihatkan dirinya berjalan kaki.

Ujar pelakon dan pelawak veteran itu, berjalan kaki adalah rutin hariannya untuk menjaga kesihatan,

"Kehidupan saya Alhamdulillah baik dan saya tidak tahu kenapa orang berkata saya sebegitu. Mereka mungkin tidak pernah nampak saya berjalan kaki seorang diri.

"Sudah menjadi rutian harian saya setiap petang akan berjalan kaki di kawasan sekitar atau ke bandar sebagai senaman demi menjaga kesihatan," katanya memetik mStar.



Malah anak Mat Sentol, Rosdin Abdul Rasip yang juga meluahkan rasa kesalnya memberitahu bapanya berada dalam keadaan sihat dan mereka tinggal bersama di Johor Bahru.

"Saya tidak tahu mengapa mereka berkata demikian dan mungkin juga mereka ada niat baik untuk membantu ayah saya.

"Tapi buat masa ini kehidupan dia baik bersama keluarga kami. Semua yang dikatakan di laman sosial tidak benar," ujarnya.

"Itu memang menjadi rutin harian, kesihatan dia baik cuma kadang-kadang sakit lutut tapi kalau kami larang dia berjalan... dia tidak mahu dengar.

"Alhamdulillah ramai pemandu teksi yang kenal bapa dan sentiasa akan memastikan jika dia berasa penat akan ada menghantarnya pulang ke rumah,".

Sayu : Selfie Terakhir Seorang Bikers Yang Paling Menyentuh Sebelum Ajal (8 Foto)

Bagan Serai : Lelaki, 37, maut selepas terjatuh dari motosikal berkuasa tinggi ditungganginya sebelum dirempuh kereta dalam kejadian di Jalan Gula, Gunung Semanggol, di sini, dekat kilang kelapa sawit Sime Darby, malam semalam.


Dalam kejadian kira-kira 7 malam itu, mangsa Mohd Hisham Abdul Hamid maut ditempat kejadian selepas parah dibeberapa bahagian anggota badan akibat dirempuh kereta berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, mangsa yang berasal dari Kulim, Kedah, dipercayai dalam perjalanan pulang ke Kulim bersama empat lagi rakannya selepas makan di Restoran Terapung Kuala Gula, di sini.









Menurutnya, dalam perjalanan pulang itu, motosikal jenis Ducati yang ditunggang mangsa mengalami kerosakan dan ditolak menggunakan kaki secara bergilir-gilir oleh empat lagi rakannya.

Katanya, motosikal mangsa secara tiba-tiba berhenti mengejut menyebabkan mangsa gagal mengawalnya dan terjatuh di tengah jalan berkenaan sebelum dirempuh kereta jenis Kia Spectra.

"Rempuhan pada bahagian kepala serta tubuh badan mangsa menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian sebelum mayat dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987," katanya.

KEADAAN motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan. -HM


Tuesday 6 June 2017

Menghalang Polis Mengiring Peminpin Boleh Dikenakkan Tindakkan Keras


Ingkar arahan polis pengiring boleh dikenakan tindakan - Khalid
KHALID: Pihak tidak bertanggugjawab itu boleh dikenakan tindakan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pihak yang ingkar kepada arahan polis pengiring bagi orang kenamaan utama (VVIP) termasuk enggan memberi laluan boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pihak tidak bertanggugjawab itu boleh dikenakan tindakan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas selain berdepan hukuman mengikut Akta Polis 1967.

"Ada perbincangan (pihak tertentu) yang mengajak orang ramai supaya tidak mengikut arahan polis semasa iring orang kenamaan.

"Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya patuhi arahan polis yang bertugas, ada sebab kenapa mereka iringi VVIP itu...yang utama adalah sebab keselamatan," katanya kepada pemberita selepas menerima Ijazah Doktor Kehormat dalam Kepimpinan daripada Universiti Limkokwing di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas viral mengenai polis pengiring tidak diberi laluan oleh pengguna jalan raya semasa mengiringi seorang VVIP baru-baru ini.

Sehubungan itu, Khalid meminta beberapa portal berita yang memainkan isu polis pengiring supaya berhenti berbuat demikian dan menyifatkannya sebagai tindakan mengajak rakyat supaya mengingkari undang-undang.

"Saya minta anda hentikan perkara ini...tiada baiknya, anda mengajak rakyat suoaya ingkar undang-undang," katanya.

Mengulas mengenai catatan Twitter beliau pada Jumaat berkenaan rampasan empat pucuk pistol di Kajang oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC) Bukit Aman, Khalid berkata pihaknya mengesyaki ia mempunyai kaitan dengan kes tembak seorang bapa dan anak di Semenyih pada bulan lepas.

Menurutnya polis giat menjalankan siasatan dan yakin lebih ramai suspek akan ditahan.

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia manakala bapanya cedera parah akibat ditembak di Jalan Besar, Semenyih pada malam 24 Nov lepas.

"Saya minta masyarakat terus beri kerjasama dengan kita dengan menyalurkan maklumat. Kita akan pastikan tindakan diambil ke atas mereka (suspek) ini," tegas Khalid.

Mengenai tunjuk perasaan yang dibuat oleh seorang veteran tentera Ali Tinju di hadapan bangunan Kota Raya di Kuala Lumpur pada Jumaat, Khalid berkata lelaki itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 jika didapati melanggar undang-undang.
Ali Tinju atau nama sebenarnya Mohd Ali Baharom dilapor membuat kenyataan yang menyentuh sentimen perkauman semasa melakukan tunjuk perasaan itu.

Sementara itu, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pihaknya tidak boleh dipersalahkan dalam isu Ali Tinju hanya kerana keputusan membebaskannya daripada tuduhan menghasut pada 17 Sept lepas.

"Tidak adil untuk tuduh (pihak kami) bertanggungjawab. Saya dah jelaskan, rakaman video mengenai tuduhan menghasut Ali Tinju tidak cukup, kalau cukup saya akan dakwa," katanya ketika ditemui pada majlis sama.