Aku ina. Aku baru bercerai talak satu minggu lepas. Aku baru je berumur 19 tahun.
Punca aku cerai sebab bekas suami aku curang. Tapi aku tak salahkan dia. Dia stress tengok aku yang pemalas. Tak jalankan tanggungjawab.
Umur-aku-baru-22-tahun.-Tapi-dah-bercerai-sebab-suami-stress-tengok-aku...
Masa bercinta. Memang seronoklah. Sweet² je. Jumpa…Dating…Mesej² fon. Kita nampak tu
adalah lakonan. Bila dah kahwin. Episod yang bermula adalah tanggungjawab.Betul, bila dah cerai ni. Aku muhasabah balik. Siapa boleh tahan dengan bini macam aku ? Bayangkan masa anak dara. Bangun tido lambat, masak tak reti, kerja tengok korea, main handphone je. Kemas rumah jarang² sekali. Kerja melepak.
Masa mula² kahwin, bolehlah aku hipokrit. Rajin masa 2, 3 hari. Sebab menjadi pemalas dah jadi satu kebiasaan kan. So lama² habit lama tu terserlah lepas kahwin. Mungkin kat situ suami aku stress, baik bela biawak kan. Kat situ bermulalah episod dia cari perempuan lain. Katanya lebih matang. Bertanggungjawab.
Dulu, aku nak sangat kahwin sebab masa bercinta sweet². Ingat kawin nak halalkan hubungan. Betul kata tulisan Adnin Rosli dalam tarbiah sentap. Niat kahwin kalau setakat nak ‘halalkan’ tak cukup. Perkara pertama mesti kerana Allah dan kena tau kahwin adalah amanah.
Pesan aku, buat wanita² di luar sana yang pemalas macam aku, berubahlah. Benda malas ni bukan boleh berubah sekelip mata. Didiklah diri dari sekarang supaya buang sifat malas. Jadilah wanita yang serba boleh. Bukan hidup hanya bermalas² malasan lepas tu bercinta tanpa fikir banyak tanggungjawab dalam hidup in future.
Plus, bila fikir balik, laki aku ceraikan aku sebab benda² macam ni padahal usia mahligai kami baru masuk setahun. Dah tak tahan. Kesian mak ayah aku selama ni bela aku yang pemalas. Maaf mak ayah. Lepas ni aku akan cuba jadi anak yang bertanggungjawab.
Doakan aku kuat. Aku sayang dia. Tapi dia ada perempuan lain. Doakan aku jumpa orang yang baik. Aku nak berubah. Tapi aku nak berubah untuk mak ayah dan Allah dulu. Kahwin? Nanti²lah buat masa sekarang. Aku nak kutip ilmu dahulu supaya bila dah kawin nanti ada ilmu nak didik anak. Supaya tak jadi macam aku yang sebelum ini.
Buat lelaki. Kahwini perempuan bukan sebab cantik je. Cantik tak reti buat kerja tak ada makna. Macam aku (eh cantik ke ? Hehe) sebab tu orang zaman dulu kalau kawin dari A-Z dia siasat pasangan tu dari jiran² sebelah, kawan², saudara mara. Bukan main sapu je nak kawin.
Semoga perkahwinan adalah satu ibadah. Bukan kerana nafsu. Kita nak melahirkan generasi hebat. Kalau takda ilmu kawin, keluarlah generasi² baru yang sampah macam aku ni.
– Ina
No comments:
Post a Comment