Kerana Bil Elektrik Turun Mendadak, TNB Hantar Notis Ke Rumah,ok: Seorang lelaki memuatnaik status di laman sosial Facebook pada 19 Febuari lalu apabila pihak TNB Kota Bharu mengatakan meter elektrik dirumah beliau tidak merekodkan bacaan elektrik yang sebenar.
Menurut tuan Roslan Ab Hamid, sebelum ini rumah beliau dikenakan bayaran average rm400++ untuk setiap bulan. Namun selepas beliau melakukan penjimatan, bila elektrik dirumahnya turun sehingga RM150++ sahaja.
Katanya, dia melakukan penjimatan mengikut apa yang disarankan pihak menteri-menteri di Malaysia. Namun, dek kerana penjimatan tersebut dia dipanggil pihak TNB KB dalam masa 14 hari...
Sabo je la tuan...mungkin TNB nak tau je kot...camne tuan buat penjimatan tu...hehehe
via FB Roslan Ab Hamid
Kerana Bil Elektrik Turun Mendadak, TNB Hantar Notis Ke Rumah,ok: Seorang lelaki memuatnaik status di laman sosial Facebook pada 19 Febuari lalu apabila pihak TNB Kota Bharu mengatakan meter elektrik dirumah beliau tidak merekodkan bacaan elektrik yang sebenar.
Menurut tuan Roslan Ab Hamid, sebelum ini rumah beliau dikenakan bayaran average rm400++ untuk setiap bulan. Namun selepas beliau melakukan penjimatan, bila elektrik dirumahnya turun sehingga RM150++ sahaja.
Katanya, dia melakukan penjimatan mengikut apa yang disarankan pihak menteri-menteri di Malaysia. Namun, dek kerana penjimatan tersebut dia dipanggil pihak TNB KB dalam masa 14 hari...
Sabo je la tuan...mungkin TNB nak tau je kot...camne tuan buat penjimatan tu...hehehe
SEPANG : Polis menafikan berlaku kejadian culik melibatkan seorang remaja perempuan di sebuah kolej di Sepang, semalam.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu berlaku ketika remaja perempuan itu ke kolej tersebut bersama ibu dan adiknya untuk mengambil keputusan peperiksaan.
Menurutnya, tidak beberapa lama kemudian, datang teman lelaki remaja tersebut datang mengambil mangsa.
“Adik remaja tersebut yang melihat kejadian itu terus memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya.
“Ibu mangsa terkejut dengan tindakan mangsa yang terus meluru menaiki kereta tersebut,” katanya.
Beliau berkata, ibu mangsa yang berang dengan tindakan anaknya itu telah cuba menghubunginya beberapa kali namun gagal.
Malah, ibu mangsa turut menghubungi ayah kepada teman lelaki anaknya itu untuk memaklumkan perkara tersebut, namun mendakwa dia tidak tahu menahu tentang perkara tersebut berikutan tidak tinggal serumah.
Tambahnya, susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya di Balai Polis Datuk Abu Bakar Baginda untuk tindakan lanjut.
“Siasatan polis mendapati kejadian ini bukanlah kes culik seperti yang tersebar luas di laman sosial Facebook.
“Remaja perempuan itu sendiri dengan rela mengikut teman lelakinya tanpa memaklumkan kepada ibunya yang tidak merestui perhubungan cinta mereka,” katanya.
Abdul Aziz berkata, polis kini giat menjejak teman lelaki mangsa untuk bantu siasatan.
Beliau turut menegaskan kepada pengguna laman sosial supaya lebih berhati-hati dan tidak menimbulkan kegusaran kepada orang awam lain.
"Pastikan kesahihan sesuatu kejadian dahulu bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku," katanya.-DTR
Rata-rata pengguna media sosial menjadikan tindakan tersebut sebagai bahan sindiran dan kutukan di laman sosial. Bahkan tak kurang juga yang mempersoalkan apakah kewajaran pangkat 'DATUK' diberikan kepada rakyat Bangladesh. Sebenarnya, perkara ini tidak pelik di Malaysia pun.
Kita pernah anugerahkan pangkat 'Datuk' kepada Shah Rukh Khan. Bahkan baru-baru neh kepada Jackie Chan juga. Shah Rukh Khan ialah pelakon dari India. Manakala Jackie Chan ialah pelakon dari Hong Kong. Kedua-dua mereka juga bukan rakyat Malaysia. Maka tidak aneh juga kenapa warga asing seperti kelahiran Bangladesh mendapat pangkat 'Datuk' di Malaysia. Ini individu yang dimaksudkan menerima gelaran 'datuk'. Individu berkenaan ialah seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia. Bernama Hanif dan kini bergelar Datuk Hanif. Datuk Hanif ini juga dilaporkan telah menyumbang 1.5 juta ringgit Malaysia bagi membantu mangsa banjir di Pahang. Mungkin ini antara penyebab kenapa pangkat 'DATUK' diberikan kepadanya disamping atas kejayaannya menjadi seorang usahawan yang berjaya di Malaysia. Dipetik menerusi ;
Walaupun ramai yang mengeji, namun ada juga yang memuji. Tapi bila difikir-fikir semula, jika benar ahli perniagaan tersebut berjaya atas usaha sendiri dan mempunyai sikap pemurah (membantu mangsa banjir) maka tak la rasa ralat jika diberikan gelaran 'DATUK' kerana somehow dia menyumbang kembali kepada negara ini meskipun ini bukan negaranya. Berbanding Jackie Chan dan Shah Rukh Khan. Sampai sekarang aku masih confuse. Apa jasa-jasa mereka kepada kita selain jual filem (itupun kau keluar duit sendiri dan mereka yang kaya raya) sehingga melayakkan mereka terima gelaran 'DATUK'? Ke beri gelaran sebab orang2 VVIP kat negara kita minat pelakon2 tersebut?
Baru-baru ni kan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim or lebih dikenali TMJ ada muatnaik gambar rambut diwarnakan dengan warna blonde, disebabkan rambut tu ramai yang mengkritik tindakan TMJ tu dan ada gak la yang dok memuji.. Tapi bagi TMJ ni tak kisah apa-apa pun orang nak mengkritik ke apa kan dan mengatakan warnakan rambut tu just suka-suka dan berhak melakukannya pun. Tapi isu pasal TMJ ni mendapat perhatian seorang Pendakwah Pencetus Ummah yang dikenali sebagai Rahmat Ikhsan. Pendakwah tu memuatnaik satu status teguran buat TMJ selepas mewarnakan rambut. Teguran buat TMJ dari pendakwah tu.. ‘Jika benar sayang Tengku Mahkota Johor, Janganlah sokong dan puji apabila TMJ melakukan kemungkaran (mewarnakan rambut). Jika sayang TMJ, kita doa dan nasihat, bukan jadi penggalak dan pembela kesalahan TMJ.’
Betul la apa yang dikatakan pendakwah tu, walaupun mempunyai taraf yang lebih tinggi ke apa-apa pun jangan dok menyokong apa yang dibuat tu salah pun tetap nak memuji.
Kalau dah salah tu tetap salah la kan.. Menegur dengan cara baik dan doa yang baik-baik. InsyaAllah, sesuatu tu akan jadi lebih baik daripada mengutuk aje.
Setelah dihimpit dengan pelbagai dakwaan dan juga baru-baru ini dikatakan turut terpalit isu pelawak yang dikatakan kaki perempuan, Zizan Razak melalui BH Plus mengakui bahawa dia akan menikah dengan gadis piihan hatinya berusia 24 tahun, juga berasal dari Kuala Terengganu.
Tidak menyifatkan perkara tersebut sebagai tindakan drastik ataupun terburu-buru, Zizan memberitahu bahawa keputusan berkenaan dibuat setelah memikirkan usianya yang kini bakal mencecah 31 tahun pada 15 April ini.
“Ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.”
“Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.”
“Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok saya naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,” katanya yang bakal pulang ke kampung tidak lama lagi untuk menyelesaikan urusan merisik dan meminang.
Bagaikan satu kejutan, Zizan dalam masa turut mendedahkan bahawa dia juga menderita dan hati kecil pelawak dan pelakon ini turut sama menangis sehingga keadaan menolak dia untuk mencari ruang dan masa sendiri untuk bernafas.
Sementara itu, Zizan sempat memberitahu bahawa bakal isterinya itu nanti tidak memerlukan solekan tebal untuk kelhatan cantik ditambah lagi, gadis berkenaan turut menghormati kedua ibu bapanya sehingga membuatkan hati Zizan yang sedang terluka tertambat terus - Rotikaya.
Berikut ialah biodata penuh bakal isteri Zizan Razak :-
Nama : Nor Edura Diyana Binti Hisham
Umur : 24 Tahun
Agama : Islam
Asal : Kuala Terengganu
Pendidikan : Management and Science University (Pendidikan Awal Kanak-kanak) & UiTM Terengganu (Perakaunan) Pekerjaan ; Pegawai khidmat sambilan di sebuah agensi kerajaan
Saksikan lagi beberapa keping foto terbaru Nor Edura di bawah:
Dituduh Miskin Kerana Berjalan Kaki, Mat Sentol NEKAD Dedah Kekayaan Yg Beliau Miliki ! PERGHHHH !
Mat Sentol kesal dengan fitnah bahawa dirinya hidup melarat, hanya kerana gambar yang memperlihatkan dirinya berjalan kaki.
Ujar pelakon dan pelawak veteran itu, berjalan kaki adalah rutin hariannya untuk menjaga kesihatan,
"Kehidupan saya Alhamdulillah baik dan saya tidak tahu kenapa orang berkata saya sebegitu. Mereka mungkin tidak pernah nampak saya berjalan kaki seorang diri.
"Sudah menjadi rutian harian saya setiap petang akan berjalan kaki di kawasan sekitar atau ke bandar sebagai senaman demi menjaga kesihatan," katanya memetik mStar.
Malah anak Mat Sentol, Rosdin Abdul Rasip yang juga meluahkan rasa kesalnya memberitahu bapanya berada dalam keadaan sihat dan mereka tinggal bersama di Johor Bahru.
"Saya tidak tahu mengapa mereka berkata demikian dan mungkin juga mereka ada niat baik untuk membantu ayah saya.
"Tapi buat masa ini kehidupan dia baik bersama keluarga kami. Semua yang dikatakan di laman sosial tidak benar," ujarnya.
"Itu memang menjadi rutin harian, kesihatan dia baik cuma kadang-kadang sakit lutut tapi kalau kami larang dia berjalan... dia tidak mahu dengar.
"Alhamdulillah ramai pemandu teksi yang kenal bapa dan sentiasa akan memastikan jika dia berasa penat akan ada menghantarnya pulang ke rumah,".
Namun, sebenarnya kisah yang menjadi viral ini rupanya sudah lama berlaku. Kami kongsikan kisah sebenar yang dimuat naik turun abang ipar mangsa pada May 2016. Memang menyedihkan. Hmm
Misteri Myvi putih terjawab Keadaan Perodua Myvi putih yang masuk ke dalam sungai setelah pemandu tertekan pedal minyak
KUALA BERANG - Kehadiran sebuah Perodua Myvi putih di tengah sungai di Kampung Temir, kelmarin, menimbulkan tanda tanya orang ramai, apatah lagi setelah gambar kenderaan itu viral di laman sosial khususnya Whatsapp dan Facebook.
Kehadiran Myvi putih itu turut menimbulkan pelbagai andaian dan menjadi perbahasan, bagaimana kenderaan itu boleh berada dalam sungai tersebut?
Bagaimanapun, hakikatnya ia merupakan kes kemalangan melibatkan seorang lelaki berusia 55 tahun dari Pekan Ajil yang tertekan pedal minyak sehingga kenderaan dipandunya meluru masuk ke dalam sungai.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud mengesahkan ada menerima laporan kemalangan di Kilometer 5 Jalan Kuala Berang-Kenyir di Kampung Temir pada jam 8.19 malam kelmarin (hari kejadian).
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi, tetapi mangsa yang merupakan peniaga di Pekan Ajil, tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar sendiri dari kenderaan dipandunya itu.
“Kemalangan berlaku di tebing Sungai Terengganu di Kampung Temir. Mangsa tiba di lokasi untuk memancing, tetapi semasa menghampiri hujung tebing, permukaan tanah berumput dan licin.
“Mangsa yang hendak menekan brek, tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan dipandunya itu masuk ke dalam sungai yang cetek. Pemandu berjaya keluar sendiri dari kereta dan tidak cedera,” katanya.
Tambah Mohd Adli, susulan itu orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati walau di mana berada bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini kerana malang tidak berbau.
Petang ini penulis telah menerima satu gambar menerusi aplikasi WhatsApp di mana gambar tersebut memapar satu kejadian yang aneh berlaku di Kuala Lumpur.
Jika anda melihat dengan teliti gambar tersebut (di atas) dan zoon pada bahagian matahari, kelihatan di awan kalimah Allah (ﺍﻟﻠَّﻪَ) dan Muhammad (محمد) serta beberapa tulisan jawi yang lain.
Difahamkan kejadian ini berlaku pada waktu pagi di mana saat matahari terbit. Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di dalam kenderaannya ketika hendak ke tempat kerja.
Akibat terpegun dengan dengan situasi itu ramai pengguna jalan raya yang lain turut berhenti untuk melihat fenomena itu. Gambar in terus tersebar secara meluas pada hari ini di media sosial.
Fenomena itu berakhir 30 minit selepas itu apabila matahari mula panas dan embun makin hilang maka ramai orang yang melihat pun beredar secara beransur-ansur
Walaubagaiman pun, penulis sendiri tidak dapat memastikan akan kebenaran perkara ini. Ini kerana, pada hari ini sudah banyak perisian untuk menyunting gambar seperti Photoshop dan sebagainya. Sehinggakan agak sukar untuk membeza foto yang sebenar dan foto yang telah disunting.
Dalam nada yang lain, jika benar-benarlah kejadian ini berlaku, penulis hanya mampu lafazkan ‘Subhanallah’. Mungkin ini merupakan salah satu bukti tentang kebesaran Allah SWT.
Kuala Lumpur, 1 Mac: Wanita yang mencampakkan bayi perempuannya dari tingkat 18 Flat Danau Kota di sini semalam mendakwa anaknya itu sudah meninggal dunia selepas dilahirkan. Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif, wanita terbabit, 39, direman selama enam hari bermula hari ini.
"Wanita berkenaan kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur manakala anak perempuannya berusia 5 tahun ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
"Wanita direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 309B kerana membunuh anak selepas kelahiran," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.
Semalam, penduduk flat terbabit digemparkan dengan penemuan bayi perempuan bersama uri pada 8.30 pagi.
Kuala Nerus – Seorang pelajar wanita sebuah universiti Awam (IPTA) menjadi mangsa cabul ketika menaiki motosikal dalam kejadian yang berlaku di Bulatan Pak Tuyu dekat Gong Badak hari ini. Mangsa yang dalam perjalanan ke kuliah universiti telah diekori secara perlahan dari belakang oleh suspek dan tiba-tiba meraba celah peha mangsa tanpa disedari dari sebelah kanan motosikal. Kejadian jam 9 pagi itu telah menyebabkan mangsa terkejut dan cuba mengelak tindakan suspek tetapi gagal hingga mengakibatkan motosikal yang ditunggang hilang kawalan dan terjatuh.
Motosikal Suspek.
Suspek yang panik melihat mangsa tersungkur di tepi jalan bertindak cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai dan anggota keselamatan universiti dan telah diserahkan ke Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut.
Gadis yang berusia dalam lingungan umur 20-an mengalami kecederaan dan l
Penunggang motosikal khususnya wanita dinasihatkan berhati-hati sentiasa di jalan raya daripada tingkah laku orang yang tidak dikenali yang mempunyai niat yang tidak baik.
Kuala Selangor : Salah seorang yang maut dalam kemalangan ngeri malam tadi di Kuala Selangor jalan Tanjong Karang adalah Muhamad Aizuddin Rahmat 23 tahun yang berasal dari Johor berkerja dengan Kementerian Kesihatan Malaysia
Status yang di kongsi di facebook semalam mengundang rasa sedih di kalangan rakan-rakan dan keluarga status itu di kongsi semalam sebelum beliau maut dalam kemalangan malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, lori 10 tan yang membawa muatan ayam dari arah Tanjong Karang menghala ke Kuala Selangor dipercayai melanggar bahagian kiri sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah bertentangan yang dinaiki lima pelajar kolej.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Roslan Abdullah berkata, mereka yang maut adalah Muhammad Aizuddin Rahmat, 23, Mohd Aliff Azmi, 27 dan Wan Azri Wan Kamaruzaman, 24, yang kesemuanya penumpang kereta itu.
Mereka yang cedera pula adalah pemandu, Mohamd Nor Afdzan Mohd Salman, 21, dan seorang lagi penumpang Mohd Zulazlan Zulhaidi, 25.
"Muhammad Aizuddin maut di tempat kejadian manakala Mohd Aliff dan Wan Azri meninggal dunia di Hospital Tanjung Karang.
"Mereka yang parah juga masih dirawat di hospital yang sama," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Sementara itu, pemandu lori berkenaan dikatakan melarikan diri sejurus selepas kemalangan.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia akibat pendarahan dalaman pada malam pertama perkahwinannya, dengan seorang lelaki lima kali umurnya.
Arwa Othman, ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi terkemuka berkata, kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai Rawan , telah berkahwin dengan seorang lelaki berumur 40 tahun lewat minggu lalu di bandar Meedi di wilayah Hajjah di barat laut Yaman.
"Pada malam perkahwinan dan selepas melakukan hubungan seks, dia mengalami pendarahan dan pecah rahim yang menyebabkan punca kematiannya ," katanya kepada Reuters.
"Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor tidak dapat menyelamatkannya,” katanya lagi pada laporan Reuters.
Arwa berkata, pihak berkuasa tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap keluarga gadis itu atau suaminya.
Seorang pegawai keselamatan tempatan di bandar wilayah Haradh menafikan kejadian tersebut. Dia tidak mahu dikenali kerana dia tidak diberi kuasa untuk bercakap dengan akhbar.
Tetapi dua penduduk Meedi dihubungi oleh Reuters mengesahkan kejadian itu dan berkata, ketua-ketua puak tempatan telah cuba untuk menutup kejadian itu apabila berita itu tersebar.
Banyak keluarga miskin di Yaman mengahwinkan anak-anak perempuan kecil untuk menjimatkan kos membesarkan kanak-kanak dan bagi mendapat wang tambahan dari mas kahwin yang diberikan kepada gadis itu.
Satu laporan PBB yang dikeluarkan Januari lalu mendedahkan tahap kemiskinan di negara itu , menyatakan bahawa 10.5 juta daripada 24 juta orang Yaman kekurangan bekalan makanan yang mencukupi, dan 13 juta tidak mempunyai akses kepada air bersih dan kebersihan asas.
Human Rights Watch (HRW) pada Disember 2011 menggesa kerajaan Yaman mengharamkan perkahwinan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun.
Memetik Bangsa-Bangsa Bersatu dan data kerajaan, HRW berkata, hampir 14 peratus daripada kanak-kanak perempuan Yaman telah berkahwin sebelum umur 15 dan 52 peratus sebelum umur 18 tahun.
Ramai Tak Perasan 5 Perkara Pelik Ini Berlaku Di #AME2016 Sehingga… Malam tadi telah berlangsungnya Anugerah MeleTOP Era 2016 atau AME2016 di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur. Anugerah anjuran Astro dan Era FM ini mengiktiraf karya kreatif penggiat seni hiburan tanah air yang merangkumi bidang muzik, radio, televisyen, filem dan digital.
Dah nama pun acara penyampaian anugerah, tak sah kalau tak ada benda-benda yang menarik perhatian yang berlaku, kan? Disini kami sediakan 5 highlight menarik AME2016 buat tatapan anda. Jom ushar sama-sama!
1. Tema Glamour Futuristic!
AME 2016 bertemakan Glamour Futuristic dengan tagline ‘Satu Malam, Seribu Senyuman’. Bukan main sakan artis-artis ni bergaya ikut tema! Korang rasa, cantik ke pelik?
2. Akim Dan Stacy – Pengantin Baru Paling Sweet!
Dengan inai yang masih kemerahan di jari masing-masing, kemanisan pengantin baru ini terbawa-bawa sampai ke atas pentas AME2016!
Semasa berduet menyanyikan lagu Pelangi Senja dengan Stacy, Akim tanpa sengaja terlanggar bahu isterinya lalu secara spontan terus memeluk Stacy. Korang tengoklah sendiri video yang Hairul Azreen sempat rakam ni!
Gelagat romantik Akim-Stacy di atas pentas ternyata menarik perhatian para peminat. Sweet tahap potong kaki!
3. Ayda Jebat Tumpaskan Dato Siti!
Wah, Ayda Jebat menang besar malam tadi! Gadis genit ini merangkul 5 trofi kemenangan termasuk anugerah utama, iaitu Top Top MeleTOP (wanita), Pemyanyi MeleTOP, Lagu MeleTOP, Pelakon MeleTOP dan Drama MeleTOP.
Ternyata lagu Bukan Diriku serta drama MAID membawa tuah kepada Ayda. Sampai jatuh air mata ‘si kenid’ ni masa bagi ucapan ambil anugerah!
Tapi dalam kegembiraannya itu, Ayda dikritik hebat oleh netizen yang tidak puas hati dengan kemenangannya. Dia juga dipertikaikan kerana menumpaskan penyanyi nombor satu negara, Dato Siti Nurhaliza!
Apa pun, peminat-peminat Ayda Jebat dah jalankan tugas dengan baik sampai artis kesayangan mereka ni bolot 5 anugerah di AME2016 malam tadi. Tahniah AJ Screamers!
4. Neelofa Rapping
Neelofa bukan sahaja bertindak sebagai salah seorang hos AME2016, malah dia mengejutkan penonton dengan persembahan nyanyian bergenre rap setelah dicabar oleh AC Mizal!
Persembahan Neelofa itu bukan sahaja menarik perhatian peminat dari kalangan orang awam, tetapi juga artis Hip Hop dengan nama jolokan The Prince of Damansara, Caprice! Semangat Caprice minta video nyanyian Neelofa nak hantar kat satu kampung!
5. Nora Komen Isu Auto Tune Artis Baru
Sebenarnya ramai juga yang komen persembahan artis baru yang menyanyi live di AME2016 semalam sumbang dan sangat lain dengan versi rakaman studio. Tup tup, penyanyi senior bersuara merdu, Nora Ariffin pun bersuara pasal isu auto tune ni!