Tuesday, 30 June 2015

PELAKON HATI PEREMPUAN MIA AHMAD DI TANGKAP KHALWAT !


Pada 12 Jun lalu, foto seorang wanita yang dikatakan pelakon popular ditangkap khalwat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tersebar di laman sosial. Beberapa individu menuduh kononnya pelakon berhijab, Mia Ahmad, adalah wanita yang ditangkap khalwat itu.

Pelakon Mia Ahmad yang berasa terkilan apabila namanya dikaitkan dengan laporan tersebut kini boleh menarik nafas lega kerana ada pihak tampil menjelaskan perkara yang sebenarnya.
Butir-butir mengenai pelakon drama yang dilaporkan itu sama namun sebenarnya pelakon Hati Perempuan

yang dicekup khalwat tersebut adalah pelakon lelaki. Pelakon baru yang mula membina nama, Mustaqim Bahadon adalah sebenarnya pelakon yang dicekup khalwat pada malam itu.

Menurut seorang individu yang merasa terpanggil untuk menjelaskan perkara ini, Mustaqim sering ada bersama seorang wanita yang menyewa sebuah rumah di Kota Damansara dan sering mengikut wanita itu pulang ketika sudah lewat malam.

Individu yang boleh disifatkan jiran kepada teman wanita Mustaqim ini merasakan tidak manis untuk pelakon itu ada bersama didalam rumah teman wanitanya apatah lagi selepas tengah malam.

Jadi, bukanlah Mia Ahmad yang sebenarnya dicekup? Rupanya kalangan pelakon Hati Perempuan
yang lain ditangkap dan nama Mia yang menjadi sensasi. Sejauh mana kebenaran maklumat yang disampaikan ini Murai Batu pun tak dapat nak pastikan.

Tetapi menurut pelapor lagi, jika inginkan kepastian boleh menghubungi balai polis di Kota Damansara untuk rujukan. Haaa macam sahih je keterangan jiran prihatin ini kan? Harapnya orang yang sebenarnya telah melakukan kesalahan akan tampil kehadapan untuk menjelaskan semua ini.
Gosip pelakon drama dicekup Jais  itu bula bertebaran di Internet dan Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, ia dianggap sebagai fitnah yang sangat memalukan sekali gus menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita.

Sementara itu, Mia berkata, berdasarkan informasi daripada rakan-rakan dan peminatnya, tuduhan itu disebarkan oleh seorang individu yang ingin menjatuhkan kariernya.

No comments:

Post a Comment