Monday 31 July 2017

Penggunaan RON 95 mengikut isi rumah




Lagi kisah menteri2 yang cerdik pandai di malaysia..


Selepas Timbalan Menteri Kewangan membuat kajian , maka hasilnya ialah ..Statistik penggunaan minyak RON 95 mengikut pendapatan isi rumah ialah..



Untuk pendapatan RM3000 kebawah = RM132 sebulan bersamaan RM 4.40 Sehari

Untuk pendapatan RM5000 keatas = RM375 sebulan bersamaan RM 12.50 Sehari

Kat mana la menteri ni dapat statistik yang tak logik di akal, apa bezanya yang berpendapatan RM3000 dan RM5000 jika tempat kerja sama? Contoh :

Ali seorang operator kilang di sebuah kilang di petaling jaya , gaji bulanan ialah RM2000 , disebabkan harga rumah mahal di bandar , ali telah mengikut saranan menteri bahawa “kalau mahal jangan beli rumah, kalau nak selesa , kenala bayar lebih” maka ali tinggal la di rawang dan berulang setiap hari ketempat kerja dengan menaiki kereta proton saga. jumlah minyak RON 95 ulang alik sehari ialah RM15.

Abu pula seorang engineer di kilang yang sama , gaji bulanan ialah RM5000, sebab yang sama , tinggal di rawang dan berulang ke tempat kerja,sehari duit minyak RON 95 yang dikeluarkan ialah RM15..

Jadi dimana bezanya?

Bagaimanakah kajian dibuat dan mendapat statistik macam ni, kereta org yang berpendapatan rm3000 kebawah kurang guna minyak, kereta orang yang berpendapatan rm5000 pula kuat guna minyak? macamana boleh jadi camtu?

Bukan nak Kutuk..Sekadar pendapat peribadi ..Nak buat kajian biarla logik, orang dizaman sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu, maklumat dihujung jari, orang sekarang lebih banyak mendapat maklumat menerusi internet dari media2 seperti TV dan surat khabar, dan setiap kali maklumat yg mereka dapat, mereka boleh bertukar fikiran dan pendapat, dari situlah semakin lama orang akan menjadi semakin bijak..  kadang2 seronok juga baca statement yang dikeluarkan oleh mereka2 yang cerdik pandai ni ..hilang tension sekejap…:)

No comments:

Post a Comment