Thursday 25 February 2016

Inilah Saat Sayu Nelayan warga emas maut ketika selamat kan mangsa nahas pesawat TUDM (6 Foto)

Kuala Selangor: Seorang nelayan lemas selapas cuba menyelamatkan mangsa pesawat TUDM CN235 yang mendarat cemas di pesisir pantai Kuala Selangor, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ruslan Abdullah berkata, mangsa dipercayai terperangkap di dalam lumpur ketika cuba menyelamatkan anak kapal.

Menurutnya, mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tanjung Karang dengan menaiki ambulans.

"Polis mengesahkan seorang nelayan maut bagaimanapun maklumat lanjut berhubung kejadian masih dalam siasatan.




"Identiti mangsa akan dimaklumkan selepas maklumat lengkap diperolehi," katanya.

Dalam kejadian pagi tadi Juruterbang pesawat pengangkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN235 berpangkat Mejar disahkan patah tangan dan dirawat di Hospital Tanjung Karang sebelum dihantar ke Pangkalan TUDM Subang.


Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, semua mangsa kini sudah dibawa keluar dan dihantar ke Pangkalan TUDM Subang.

"Pesawat terbabit sedang menjalani latihan sebelum mendarat cemas di kawasan laut kerana mengalami masalah kerosakan di bahagian enjin.

"Semua anak kapal diselamatkan nelayan tempatan yang berada di lokasi kejadian. Sehingga sekarang keadaan di tempat kejadian terkawal," katanya.

Menurutnya, selain juruterbang terdapat seorang anggota pegawai wanita di dalam pesawat berkenaan.
Dalam kejadian 8.50 pagi tadi, pesawat itu yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang mendarat cemas berhampiran pantai Kuala Selangor.

Namun, seorang nelayan lemas dipercayai terperangkap di dalam lumpur ketika cuba menyelamatkan anak kapal.

Senarai nama juruterbang dan anak kapal CN235
1. Mejar Mohd Azri Yacob (anak kapal)
2. Mejar Muhamed Agizan Jaafar (Juruterbang)
3. Mejar Ahmad Syazwan Mohamed (Juruterbang)
4. Kapten Mohd Nurul Azmie Rofdi (Pembantu juruterbang)
5. Leftenan Meor Ahmad Wahab (Pembantu juruterbang)
6. Pegawai Waran Udara II Muhd Shyfull Neezam bin Abdul Manan (anak kapal)
7. Sarjan Udara David Tonge (anak kapal)
8. Sarjan Udara Suhaila Pathil (anak kapal)

Jenazah mangsa akan dikebumikn selepas asar diperkuburan asam jawa petang ini. Al fatihah

No comments:

Post a Comment