Tuesday 19 January 2016

Ada yang kata KESAN dari PEMBEDAHAN PLASTIK?? Tapi ini lah jawapan sebenarnya dari Nasha..


Rasanya memang lama betul tak dengar cerita mengenai pelakon Nasha Aziz. Boleh dikatakan Nasha Aziz adalah antara pelakon kesukaan ammboi. Lakonan dari beliau memang mantap dan berkesan. Apatah lagi dengan pakej lain yang dimilikinya termasuklah kejelitaan wajah beliau sudah tentu menarik perhatian ramai.

Namun begitu, timbul pula isu pelik berkaitan dengan Nasha Aziz. Kononnya ada sesuatu yang berlaku kepada wajahnya. Menerusi forum.cari.com.my, mereka hangat membincangkan mengenai apa yang berlaku kepadahidung Nasha Aziz. Menerusi sekeping gambar terkini wajah Nasha, jelas bentuk hidungnya semakin pelik atau ada yang tidak kena berbanding hidung beliau sebelum ini yang agak mancung.


Kalau mengikut komen-komen dari segelintir penggiat forum, ada yang mendakwa Nasha mungkin terlebih ambil dos ubat atau kesilapan doktor ketika melakukan pembedahan dulu. Apapun, masih tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan berkenaan.



Bagi aku,tak perlulah nak lebih-lebih kutuk Nasha. Mungkin perkara ini berlaku kerana kesilapan semasa makeup atau sudut kamera membuatkan wajah Nasha kelihatan tidak berapa ok. Apapun kita tunggu apa-apa ulasan dari Nasha sendiri pihak yang berkenaan dengannya. Bab pembedahan plastik tu ammboi tak berani ulas.

No comments:

Post a Comment