Monday, 12 October 2015

Reaksi Sebenar Wanita Mangsa Beg Tangan Yang Mengandungi RM15,000 Membuat Ramai Terdiam Di Tempat Kejadian Semalam



KUALA TERENGGANU: "Jangan But kerja gini dik, jadi pengajaran buat adik hari ini." kata seorang pemilik spa kepada lelaki yang meragut beg tangan nya yang mengandungi wang sebanyak RM15,000 serta barang kemas kepunyaan ibunya di sini, hari ini.
Kejadian kira-kira jan 4.45 petang itu berlaku ketika mangsa, Tun Mardiyah Bilal Muda, 43, dari Taman Medan Jaya, Rusila, Marang sedang menunggu rkan berhampiran stesen minyak di Jalan Sultan Ismail, di sini.

Namun beg tangannya diperolehi semula dengan bantuan dua pemuda yang menyaksikan kejadian itu. Tun Mardiyah barkata, selepas lima minit berada di kawasan berkenaan, dia dihampiri lelaki tidak dikenali yang terus menarik beg tangan sebelum melarikan diri ke kawasan perumahan berhampiran dengan motosikal merah.

"Kebetulan kejadian itu disaksikan oleh dua lelaki yang kemudian pantas mengajar lelaki terbabit sebelum menahannya di kawasan perumahan berkenaan," katanya kepada Harian Metro.

Suspek yang dipercayaai bekerja di Hotel di negeri ini dan berusia lingkungan 20-an, kemudian diserahkan kepada pihak polis yang tiba di tempat kejadian kira-kira 15 minit selepas kejadian.

"Mangsa Yang Lain Dijadikan (Makanan)"





5 Budak Yang Lain Terpaksa Dijadikan "Makanan" Bagi Menahan Kelaparan Ketika Hilang 48 Hari Dalam Hutan Rimba.




Gua Musang, 10 Oct: Salah seorang kanak-kanak orang asli yang ditemui masih hidup selepas hilang selama 48 hari berkata hanya mereka berdua sahaja yang masih hidup manakala lima yang lain rakannya sudah meninggal dunia.


Menurut Siti Kasim, peguam yang dilantik untuk menjaga kebajikan keluarga mangsa, perkara itu diberitahu oleh Noreen Yaacob, 10, kepada ibunya, Midah Angah, 38.


Namun, Siti Kasim memberitahu, maklumat tersebut disampaikan kepadanya oleh adik kepada Midah, Henry Angah di hospital Gua Musang sebelum kanak-kanak tersebut dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab ii di Kota Bahru.


"Noreen mendakwa yang pertama mati ilah Juvida David, 7, Diikuti Haikal Yacoob, 8, Sasa Sobrie, 8, Ika Ayel, 9, dan Linda Rosli, 8.


"Dia beritahu semua rakannya mati kerana kelaparan dan keletihan manakala Haikal lemas ketika menyeberangi Sungai Perias," Katanya.


Noreen juga turut mendakwa mereka diberi makan oleh "seseorang" yang menyebabkan mereka masih hidup sampai kehari ini.


"Saya tidak tahu sama ada benar atau tidak dakwaan itu dan saya sendiri tidak dapat bertanya sendiri kepada mangsa kerana mereka masih keletihan," katanya memetik laporan

Padah..!!! polis sedang memburu pasangan kekasih akhir zaman berani mati melakukan Aksi %#&@! ditempat awam tersebar


SEORANG wanita yang ditangkap di sebuah taman kerana melakukan hubungan seks pada waktu siang di khalayak ramai di Plymouth, kini menjadi buruan polis selepas gagal muncul di mahkamah.

Hukuman ke atas wanita itu, Gemma Pinkerton, 24, dijadual dijatuhkan semalam oleh mahkamah selepas dia mengaku salah melakukan seks dengan Darren Carter-Moore, 27, di hadapan orang ramai pada 30 Julai lalu.

Bagaimanapun Gemma tidak muncul di mahkamah menyebabkan waran tangkap kini dikeluarkan ke atasnya.

Perbuatan mereka dilaporkan oleh polis selepas orang ramai terkejut dengan perlakuan tidak senonoh berkenaan.

Darren Carter-Moore dan Gemma Pinkerton

Pasangan itu mengaku melakukan kesalahan tersebut di mahkamah, bulan lepas.

Akhirnya Terjawab Dalang Sebenar Disebalik Penculikan Seorang Kanak-Kanak Di Sg Chua


Polis telah menahan 4 lelaki termasuk seorang ahli perniagaan tempatan yang dipercayai menjadi dalang dalam kes penculikan kanak-kanak lima tahun di Sungai Chua, Kajang pada Jumaat.


Keempat-empat yang ditahan adalah lelaki yang berusia antara 28 - 45 tahun, termasuk seorang warganegara Indonesia dan pemandu teksi yang membawa pulang kanak-kanak itu ke pangkuan keluarga.

Ketua Polis Selangor, Abdul Samah Mat berkata dalang kes tersebut tinggal 2km - 3km dari rumah keluarga kanak-kanak itu dan dipercayai mengenali bapa mangsa dalam perniagaan.

Abdul Samah turut berkata motif penculikan masih lagi disiasat tetapi tidak menolak kemungkinan dalang yang mempunyai perniagaan pencetakan itu mempunyai masalah kewangan.

Polis berjaya merampas sebanyak RM291,550 duit tebusan dan kini masih lagi menyiasat sama ada masih ada baki yang hilang dan juga suspek-suspek lain yang turut diupah oleh dalang tersebut.

Mencerita semula kes, Abdul Samah berkata kanak-kanak itu diculik oleh tiga lelaki ketika ibunya sedang menghantarnya ke sebuah tadika di Sungai Chua, Kajang pada 9.26 pagi.

Bapa kanak-kanak itu kemudian menerima panggilan telefon pada 10.50 pagi yang meminta wang tebusan RM300,000. Dia kemudian meletakkan duit pampasan itu di bahu jalan berdekata sebuah supermarket di Saujana Impian, Kajang seperti yang diarahkan.

Kanak-kanak itu kemudian dibebaskan pada 5.40 petang dan seorang pemandu teksi memandu kanak-kanak itu ke rumah keluarganya di Taman Suria, Sungai Chua, kata Abdul Samah.

Pada 12.15 pagi, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun, yang dipercayai dalang kejadian di rumahnya di Kajang Raya, Sungai Chua. Polis turut menjumpai wang berjumlah RM1,050 di dalam dompet lelaki tersebut dan RM60,500 dibawah tempat duduk motosikalnya yang berada di luar rumah.

Pemandu teksi yang menghantar kanak-kanak itu ke pangkuan keluarga juga ditahan polis bagi membantu siasatan.

TERKINI..SULTAN TITAHKAN D.S NAJIB MELETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI


TERKINI..SULTAN TITAHKAN D.S NAJIB MELETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI | Sepujuk surat yang didakwa titah sultan kepada perdana menteri malaysia Datok Sri Najib Tun Abdul razak dimana isi surat berkanan menyuruh beliau meletak jawatannya sebagai perdana menteri malaysia serta merta.

BERIKUT SURAT TITAH TERBUKA UNTUK PERDANA MENTERI MALAYSIA DATOK SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK.



ISI KANDUNGAN TITAH BERKENAN.

TITAH MENGISTIHARKAN SECARA RESMI PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DENGAN SERTA MERTA.

Beta selaku Raja utusan Allah Akhiruzaman dan raja agung malaysia yang sebenar ,menitahkan Dato’Sri Najib Tun Abdul Razak selaku perdana menteri malaysia ini untuk mengisytiharkan secara resmi kepada umuM peletakan jawatan Dato’ sri sebagai perdana menteri malaysia serta merta.

Titah ini di buat berdasarkan telah tamatnya PERJANJIAN ‘TREATY’ yang di tanda tangani oleh president amerika syarikat.Mr.barack Obama ketika kunjungan beliau ke malaysia pada 26-28 april 2014 yang lalu.dengan itu pemerintahan NWO telahpun beralih kepada KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSATARA (KELN) dengan resmi dan malaysia adalah sebagian dari Empayar KELN.tapak pemerintahan daulah islamiah kali ke II Akhir zaman.

Dengan ini tidak perlu dato sri menangguhkan pengisytiharan peletakan jawatan tersebut.titah ini bertujuan memudahkan tertegaknya pemerintahan daulah islamiah kali ke II berlandaskan AL QURAN & SUNNAH SAW dengan jayanya dan penyelesaian permasalahan hukum HUDUD yang menjadi isu sekarang.

Kepada pemangku beta nenda tuanku abdul halim mu’adzam shah ibni ALMarhum Sultan Badlishah,sultan kedah merangkap YPD angong malaysia betan memerintahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya keatas warkah terbuka.

Tapi sultan mana yang keluarkan titah supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan selaku ketua pentadbiran negara ini? macam macam hal sekarang ini.Ekoran surat yang beredar di media sosial tersebut akhirnya menjadi bahan lawak pengguna facebook. sumber

Sunday, 11 October 2015

Terkini..Ima - "kami berada disatu perkampungan yg indah, dikelilingi wanita2 cantik"



#$dia ceritakan....

kami berada disatu perkampungan yg indah,
dikelilingi wanita2 cantik dengan kemewahan makanan dan buah-buahan,air sungai yg amat jernih..

Andai begitulah gambarannya adakah mereka berada Di perkampongan bunian...?

Itu yang diceritakan oleh salah seorang setelah berada selama 47 hari ditengah hutan Pos Tohoi..

AKHIRNYA BERSUARA

Ini luahan menyayat hati Ima salah seorang murid Orang Asli yang hilang selama 47 hari

DIA baring di atas riba saya, badannya kelihatan kurus kering dan matanya merenung ke arah saya.


Ketika saya mengusap dahinya, dia sekadar melemparkan senyuman yang lemah dan terus mengenggam tangan saya dengan erat.


Kemudian dia berbisik: “Saya nak makan ayam.”


Kata-kata itu pastinya cukup menyentuh hati sesiapa sahaja.


Kanak-kanak perempuan itu adalah Miksudiar Aluj yang saya kenali sebagai Ima.


Malah, saya kecewa apabila gagal memberikan sebarang makanan untuk dinikmati Ima.
Dia kelihatan begitu lemah dan bergantung sepenuhnya pada drip air yang dimasukkan ke dalam badannya.


Jadi, dia tidak boleh makan apa-apa.


Namun saya puas hati. Kami berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak perempuan yang hilang selama 46 hari di dalam hutan tebal Pos Tohoi.


Segalanya bermula pada pukul 8 pagi Khamis apabila saya diminta untuk membuat liputan mengenai misteri kehilangan tujuh kanak-kanak orang asli selepas penemuan satu mayat.Kami tiba di Hospital Gua Musang pada pukul 2.30 petang.


Ahli keluarga kanak-kanak orang asli itu telah mengenal pasti mayat kanak-kanak yang pertama ditemui sebagai Sasa.


Ia ada hari yang penuh duka untuk semua.


Kami mendekati bapa dan ahli keluarga mangsa serta mendapatkan kenyataan rasmi daripada Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah.
Beliau menegaskan operasi mencari dan menyelamat akan ditingkatkan.


Kemudian, satu lagi mayat berjaya ditemui dan dalam perjalanan ke hospital.
Kali ini, mayat tersebut hanya tinggal rangka sahaja.


Pasukan Video The Star bergegas ke kenderaan Land Rover polis untuk merakamkan detik penemuan mayat kedua itu.


Mayat tersebut yang hanya tinggal rangka disimpan di dalam kotak yang telah ditutup.
Wartawan berpengalaman dan pemberita semuanya berada di sana.


Dan kami semua diam membisu, tragedi tersebut terlalu berat untuk dipikul.


Sekali lagi, Saiful Bahri berkata polis mulai menaruh harapan tinggi bahawa baki lima lagi kanak-kanak itu akan ditemui.


Pada Jumaat, harapan lebih tinggi untuk terus menjejaki kanak-kanak itu.
Namun, tiada siapa tahu sekiranya mereka ditemui dalam keadaan selamat.


Kami akan dibawa ke lokasi penemuan dua mayat kanak-kanak tersebut.


Kami tiba di Pos Tohoi dan terus bergerak ke Sg Perias, lokasi di mana mayat Sasa ditemui.


Ketika kami bergerak ke lokasi seterusnya, radio polis berbunyi dan akhirnya membawa khabar gembira.


Mereka berjaya menemui tiga lagi kanak-kanak, dua daripada selamat.
Pengamal media kelihatan teruja.


Ketika kami dalam perjalanan ke Pos Tohoi, saya gagal mengawal emosi.
Saya terlihat dua kanak-kanak itu dan mereka kelihatan kurus kering.


Penerbit Eksekutif kami, Mohamad Azam, memeluk saya dan berkata: Kuatkan semangat.”
Saya seorang ibu. Dan ibu tidak boleh melihat anaknya dalam keadaan sebegitu. Ia seolah-olah saya berjaya bertemu kembali dengan anak saya yang hilang.


Juruvideo kami, Juliana Fauzi cuba untuk mengawal emosi tetapi akhirnya menitiskan air mata.


Kami bernasib baik kerana berjaya sampai ke Gua Musang dengan menggunakan kereta Azam dan dibawa ke Pos Tohoi.


Pegawai di lokasi, Inspektor Harris, mahukan sebuah kenderaan untuk membawa salah seorang kanak-kanak itu kembali ke SM Kuala Betis, lokasi ambulans sedang menunggu untuk membawa mereka ke Hospital Gua Musang.


Azam bertanya kepada saya sekiranya saya bersedia untuk memangku salah seorang kanak-kanak itu.


Sedia? Saya begitu teruja dan berkata:”Sudah tentu, mari kita pergi.”


Dia dibaringkan di atas riba saya dan apa yang bermain di fikiran saya adalah bagaimana mereka boleh menyelamatkan diri dalam hutan selama 46 hari.


Dia kelihatan lemah dan tidak boleh bercakap.


Perjalanan mengambil masa selama 30 minit.


Ketika bertanya siapa rakan-rakan yang ditemui bersamanya, Ima hanya terdiam.


Dia terus mengadu mengenai keadaan yang panas dan berkata “saya lapar, saya lapar.”
Dia meminta ayam goreng, nasi goreng dan telur serta buah oren.


Saya berkata:”Adik, anda tak boleh makan semuanya sekarang kerana perlu pergi ke hospital dahulu.”


Akhirnya kami tiba di sekolah. Kanak-kanak itu dipindahkan ke dalam ambulans.


Ima kini berada di hospital. Saya berharap agar dia kembali sihat dan pergi ke sekolah.
Kemudian, saya akan kembali ke Pos Tohoi. Saya berjanji untuk membelikan ayam goreng, nasi goreng dengan telur dan buah oren untuknya.


Saya akan tunaikan janji terhadap Ima.-The Star

Saturday, 10 October 2015

Sayu! Hasrat Pengantin Yang Paling Meyentuh Tidak Kesampiaan


KUALA LUMPUR - "Saya terkilan hasrat kami adik-beradik untuk berkumpul pada majlis perkahwinan seorang saudara di Shah Alam hari ini tidak kesampaian."
Itu luahan Zainal Alam Kamaruzzaman, 56, adik kepada Dzulkarnain Kamaruzzaman, 64, yang terbunuh apabila kereta yang dinaikinya dihempap papan tanda selepas struktur itu dilanggar sebuah lori kontena di KM399.6 Lebuhraya Plus arah utara, dekat Tanjung Malim, pagi tadi.

Turut terkorban dalam kejadian 6.35 pagi itu ialah isteri Dzulkarnain, Jamnah Ibrahim, 56 dan anak perempuan mereka, Nur Juliana, 17.
 
Menurut Zainal Alam, beliau dimaklumkan mengenai tragedi itu oleh seorang  saudara pada majlis perkahwinan berkenaan.
 
"Saya sungguh terkejut apabila mengetahui bahawa kemalangan itu turut membabitkan isteri dan anak perempuan arwah," kata Zainal Alam, yang juga Pengurus Besar Lebuhraya Klang Selatan (SKVE), ketika dihubungi Bernama.
 
"Saudara saya mengetahui kejadian itu selepas dihubungi polis yang menjumpai kad kenduri kahwin dalam kereta milik arwah," jelas Zainal Alam.
 
Katanya, beliau dan Allahyarham Dzulkarnain sudah merancang untuk bertemu sekitar 9 pagi tadi untuk menghadiri majlis perkahwinan itu.
 
Zainal Alam berkata abangnya, anak kelima daripada 10 beradik, ketika hayatnya begitu mengambil berat dan membantu adik beradik yang lain.
 
"Selain itu, arwah adalah seorang profesional dan komited dalam menjalankan tugasnya," kata Zainal Alam mengenai arwah abangya yang pernah menjadi Ketua Pengarah Pusat Penyelidikan Galian Ipoh.
 
Jenazah tiga beranak itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat sebelum dibawa ke Masjid Taman Meru Heights Ipoh untuk disolatkan dan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya. - Bernama