Friday, 3 July 2015

Akhirnya Datuk Rizal Mansor Bersuara, Dedahkan Perkara Sebenar Disebalik Video Rosmah Dipakaikan kasut


"Lutut tak berapa nak kuat... tak boleh nak tunduk..." demikian penjelasan Datuk Rizal Mansor, pegawai kepada isteri perdana menteri berhubung sebuah video yang menunjukkan Rosmah Mansor dilayan seperti dongeng Cinderellah yang menjadi perhatian di media sosial.

Malah, Rizal juga menjelaskan Rosmah bukan lagi seorang wanita muda dan isteri perdana menteri itu memerlukan bantuan untuk dipakaikan kasut memandangkan usianya kini sudah 64 tahun.

"Kalau isteri PM (perdana menteri) itu umur 25 tahun kena pakaikan kasut sebegitu, bolehlah mu nak pelik, ini umur dah 64 tahun," kata Rizal dalam Facebooknya.

Malah beliau juga menempelak individu yang merakamkan video berkenaan dengan mengandaikan bahawa individu tersebut kurang kasih sayang dan tidak pernah memakaikan kasut kepada ibunya.

Ini kerana, menurut Rizal menjadi perkara biasa sekiranya seseorang memakaikan kasut kepada individu yang lebih tua.

"Yang jadi isu bila orang yang rekod video ini kurang kasih sayang atau dia tak pernah pakaikan kasut untuk mak dia ke, makcik dia ke, nenek dia ke.

“Bagi yang biasa dan pernah pakaikan kasut untuk mak, ini adalah sesuatu yang biasa," kata Rizal lagi.

Justeru itu, Rizal meminta supaya semua pihak bersangka baik di bulan Ramadan memandangkan  terdapat isu lain yang lebih penting perlu diambil peduli berbanding isu pemakaian kasut kepada isteri perdana menteri.

"Orang kita ini dah tak ada isu lebih penting nak ambil peduli. Isu air di Selangor tak nak pula dia bincang, isu longkang tersumbat punca denggi meningkat tak pula kakitangan Karangkraf ini nak ambil kisah. Isu pakai kasut lebih penting bagi dia.

"Bersangka baik - bulan Ramadan syaitan semua dah kena ikat. Yang tak kena ikat itu nafsu, akal dan hati," tulis Rizal.

Hari ini, video menunjukkan seorang wanita memakaikan kasut kepada Rosmah menjadi perhatian di media sosial.

Video sepanjang selama 31 saat yang dimuat naik di Facebook dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial itu.

JANTUNG BENGKAK KERANA VAPE?


Gambar dari Vapor Malaysia Open Group

Berita ini mungkin akan membuatkan para vaporians tergelak. Tetapi bacalah dengan hati yang terbuka dan positif.

Seorang individu yang tidak diketahui namanya telah memuat naik gambar dengan caption yang mendakwa rakannya dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung bengkak.

"Baru-baru ini sahabat saya telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami maslaah jantung bengkak. Dia kini telah dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pembedahan yang menelan kos sebanyak RM30,000.

"Menurut doktor pakar, menghisap Vape merupanya salah satu punca dan terdapat lima kes seumpama ini.

"Teorinya, bila seseorang itu menghisap vape, dia akan mengepam wap air ke jantung. Jadi ambil iktibar. Saya kongsi cerita ini sebab saya sayang pada sahabat-sahabat semua," katanya.

Bagaimanapun, dakwaan itu disangkal oleh para vapors sekalian. Menurut mereka, cerita itu karut dan semestinya datang dari golongan anti vaping.


Thursday, 2 July 2015

[TERKINI] Tweet Oleh Astro AWANI Najib Razak Bakal Letak Jawatan Perdana Menteri Malaysia Akhirnya Terjawab !


Orang ramai telah dikelirukan dengan imej tweet palsu yang tersebar di media sosial berkenaan peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, namun ia bukan dari akaun rasmi Astro AWANI.

Astro AWANI tidak bertanggungjawab dalam memuat naik tweet seperti yang tertera.

Dimaklumkan juga tentang kewujudan 'Fake Twitter Generators' di laman web yang membolehkan penyamaran sebagai mana-mana pemilik akaun.

Kami mengharapkan pembaca serta pengikut Astro AWANI di Twitter, Facebook dan Instagram mengikuti kami di laman web untuk pastikan berita yang terkini dan sahih.

Laporan polis mengenai perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu akan segera dibuat oleh pihak pengurusan Astro AWANI.

Pada Khamis, Perdana Menteri menyeru warga media supaya sentiasa berpandukan kepada kebenaran.

Kata Najib, tidak salah untuk berbeza pendapat tetapi perlu adil dan sentiasa mencari kebenaran.

"Ikut ajaran Islam, kita perlu mencari kebenaran," kata beliau semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Media Bersama Perdana Menteri di Kompleks Karangkraf, Shah Alam.

Pada masa yang sama, Najib mengakui kepantasan maklumat era kini nyata memberi cabaran dan tekanan bukan sahaja kepada pemberita tetapi juga kepada ahli politik.

Gambar Izara Pakai Ketat Melekat Kelihatan Sesuatu Yg Xsepatutnya Jd Mangsa Bahan NAFSU NITIZEN !!!


 kite suke je kn tgk org cntek2 kn . kalu bab2 aurat terdedah ke bagai tuh urusan die dgn Allah .

masalah nye skg dah memang die cantek , sbb uh ramai org dengki . haha . . xphm aku . Kesian aku

tgk , nampak tk buruk perangai .
Yg mengata byk tu nampak sgt itula diri mereka, nak nasihat pun x kena gaya n tempat la, mulut pun

dah berdosa ckp carut macam macam, yg dok ngate badan da main tu mmg kaki betina ke? Menilai je

pandai, yg pakai tudung pun mulut mcm budget kau tu pahala penuh sebakul, hurmmm tgkla juga

diri kau pun kalo pakai tudung td bermake up n tudung bonggol n berwarna warni muhasabah diri

sendiri dulu bru nk kata kekurngan org lain...

Bulan2 pose ney makin ramai lak mulut mcm puaka..igtkn puaka sume da kna ikat..rupenye ade yg

trlepas...haishhh..sia2 je pose..don't judje book by its cover..korang igt korg tu baek sgt ke???tgok dr

ayat pon da taw korg jenis mcm mane.bln pose ney bkn thn lapar siang hr je weiii.....ermmmm

Nabi Muhammad saw memperbanyakkan ibadat pada malam 10 terakhir Ramadan melebihi malam 
sebelumnya. Saidatina Aisyah berkata maksudnya; “Rasulullah apabila masuk malam 10 terakhir 
Ramadan, Baginda menghidupkan malam (dengan ibadat), mengejutkan keluarganya (bangun 
beribadat), bersungguh-sungguh (dalam beribadat) dan uzlah (mengasingkan diri) daripada isteri-
isterinya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, 1 July 2015

GEMPARR !!! AKHIRNYA DIDEDAHKAN PUNCA SEBENAR DISEBALIK PEMBUNUHAN KEJAM WANITA INI., PASTI...


#Agak mengejutkan penduduk setempat apabila seorang gadis melayu berumur 21 tahun mati dalam keadaan tergantung di pencawangan tiang TNB di springhill port dickson negeri sembilan,kejadian ini berlaku pada 30 jun 2015.




#Menurut sumber, gadis ini pada mulanya dinggap orang ramai mati kerana menggantungkan diri namun menurut siasatan awal, gadis ini bukannya mati kerana menggantung diri tapi disebaliknya kerana bukti pertama yang dia tidaka menggantung diri adalah kaki sangat dekat dengan tanah dan wajah mangsa tidak bengkak sepertimana keadaan mayat gantung diri.



Dimana jika membunuh diri,mangsa biasanya mengalami kecederaan teruk pada muka serta mata terbeliak dan lidah terjulur keluar.
Satu helai kertas pengakuan mangsa tersebut sebelum membunuh diri juga adalah kemungkinan besar hanya hasil rekaan pembunuh tersebut.

Sehingga kini,kes masih dalam siasatan dan orang yang mengenali gadis ini diminta tampil bagi membantu siasatan.
Mangsa yang juga berasal dari negeri sembilan bernama Rabiaatul Adawiyah binti Johan berumur 21 tahun. Sumber facebook

Akibatnya Suami Tak Menahan Tengok Bini Berjubah Melekat Di Tubuhnya !!!


Berlaku pertelingkahan sepasang suami isteri atas dasar jubbah yang dipakai isterinya itu tidak menepati syariat Islam yang akhirnya berakhir dengan kekasaran apabila si isteri di tumbuk di muka dan di pukul dengan penyangkut baju hingga cedera ditubuh.  
Kejadian ini beraku di rumah kedua orang pasangan terbabit di Setapak kira-kira jam 8.30 malam kelmarin, ketika kedua-duanya sedang bersiap untuk sebuah acara makan malam. 

Menurut dari salah satu sumber, sebelum kejadian tersebut si suami mengajak isterinya untuk pergi ke sebuah acara makan malam anjuran pihak syarikat tempat si suami bekerja, namun apabila si isteri tersebut cuba mengenakan sehalai jubbah,lelaki terbabit meminta menukar kepada pakaian lain.

 

Si suami berpendapat jubbah yang cuba dipakai isterinya terlalu ketat dengan kain melekat pada tubuh. Jadi secara dasarnya ia di kategorikan tidak menutup aurat dan tidak menepati syariat Islam. 

Bagaimanapun si isteri tersebut enggan menukar pakaian itu kerana berpendapat jubbah yang dipakainya biasa-biasa sahaja dan sudah cukup untuk menutup aurat, katanya suaminya ketika dhubungi semalam. 

Sumber itu berkata pasangan terbabit hanya bermula dengan perang mulut si suami akhirnya gagal mengawal kemarahan lalu menumbuk muka isterinya berkali-kali. 

Tidak pula cukup dengan itu dia turut terus memukul badan mangsa dengan penyaku baju hingga wanita itu tercedera di mulut dan lebam di seluruh badan . 

Mangsa yang cedera terus mendapat rawatan di klinik berhampiran sebelum membuat laporan polis mengenai kejadian yang berlaku itu di Balai Polis Setapak. 

Penggunaan RON 95 mengikut isi rumah




Lagi kisah menteri2 yang cerdik pandai di malaysia..

Selepas Timbalan Menteri Kewangan membuat kajian , maka hasilnya ialah ..Statistik penggunaan minyak RON 95 mengikut pendapatan isi rumah ialah..



Untuk pendapatan RM3000 kebawah = RM132 sebulan bersamaan RM 4.40 Sehari

Untuk pendapatan RM5000 keatas = RM375 sebulan bersamaan RM 12.50 Sehari

Kat mana la menteri ni dapat statistik yang tak logik di akal, apa bezanya yang berpendapatan RM3000 dan RM5000 jika tempat kerja sama? Contoh :

Ali seorang operator kilang di sebuah kilang di petaling jaya , gaji bulanan ialah RM2000 , disebabkan harga rumah mahal di bandar , ali telah mengikut saranan menteri bahawa “kalau mahal jangan beli rumah, kalau nak selesa , kenala bayar lebih” maka ali tinggal la di rawang dan berulang setiap hari ketempat kerja dengan menaiki kereta proton saga. jumlah minyak RON 95 ulang alik sehari ialah RM15.

Abu pula seorang engineer di kilang yang sama , gaji bulanan ialah RM5000, sebab yang sama , tinggal di rawang dan berulang ke tempat kerja,sehari duit minyak RON 95 yang dikeluarkan ialah RM15..

Jadi dimana bezanya?

Bagaimanakah kajian dibuat dan mendapat statistik macam ni, kereta org yang berpendapatan rm3000 kebawah kurang guna minyak, kereta orang yang berpendapatan rm5000 pula kuat guna minyak? macamana boleh jadi camtu?

Bukan nak Kutuk..Sekadar pendapat peribadi ..Nak buat kajian biarla logik, orang dizaman sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu, maklumat dihujung jari, orang sekarang lebih banyak mendapat maklumat menerusi internet dari media2 seperti TV dan surat khabar, dan setiap kali maklumat yg mereka dapat, mereka boleh bertukar fikiran dan pendapat, dari situlah semakin lama orang akan menjadi semakin bijak..  kadang2 seronok juga baca statement yang dikeluarkan oleh mereka2 yang cerdik pandai ni ..hilang tension sekejap…:)