Wednesday, 2 March 2016

Sayu! Inilah Keputusan SPM adik Wafiq mati lemas diTerengganu bersama 2 rakannya semasa keluar Jemaah Tabligh tempohari

Keputusan SPM adik Wafiq yang telah meninggal dunia kerana lemas diTerengganu bersama dua rakannya semasa keluar Jemaah Tabligh sesusai tamat peperiksaan SPM 2015.. Semoga Allah merahmati arwah adik wafiq dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman.. Aamiin...

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ ﴿١﴾ الْحَمْدُ لِلَّـهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿٢﴾ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ ﴿٣﴾ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ﴿٤﴾ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ﴿٥﴾ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ ﴿٧﴾ـ آمِيّنْ... Ya Allah, ampunilah dia, kasihilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempatnya, luaskanlah tempat masuknya, mandikanlah dia dengan air, salju dan embun. Sucikanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana pakaian disucikan dari najis. Gantikan untuknya rumah yang lebih baik dari rumahnya, gantikan untuknya keluarga yang lebih baik dari keluarganya, gantikan untuknya (pasangan) yang lebih baik dari pasangannya. Masukkanlah ke dalam syurga dan lindungilah dia dari azab kubur dan azab neraka. آمِيّنْ... آمِيّنْ آمِّيْنَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن





Tuesday, 1 March 2016

Al-Fatihah... Peserta Raja Lawak musim pertama maut dalam kemalangan yang menyayat hati tersebut.

Peserta Raja Lawak musim pertama yang dikenali dengan nama Hanizar Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Tok Moh maut dalam kejadian yang menyayat hati tersebut.

Motosikal yang ditunggang nya bersama isteri Zaiton Awang terlibat dalam kemalangan ngeri tersebut.




Dalam kejadian 6 petang, lelaki dan wanita berusia 30-an itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Jurucakap polis berkata, motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa dipercayai dilanggar Perodua Myvi dari arah belakang.












Katanya, akibat rempuhan itu, motosikal berkenaan terperosok di bawah treler yang diparkir di tepi lebuh raya.

"Mangsa perempuan terperosok bersama motosikal di bawah tayar belakang, manakala mangsa lelaki tercampak di tepi penghadang lebuh raya. Kedua-duanya mati serta merta di tempat kejadian," katanya.

Sementara itu, sepasukan lapan anggota bomba bersama sebuah jentera EMRS diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohamad Khairi Baharudin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada 6.34 petang.

Berikutan itu, tindakan mengeluarkan mangsa dilakukan sebelum diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini. Al fatihah - Credit HM,Penang Kini, Kemalangan Extreme.

Sumber: berita-harian

SUBHANALLAH..!! Terkini..!! Allah Memperlihatkan Kebesaran-Nya Di Kuala Lumpur, Malaysia


Petang ini penulis telah menerima satu gambar menerusi aplikasi WhatsApp di mana gambar tersebut memapar satu kejadian yang aneh berlaku di Kuala Lumpur.



Jika anda melihat dengan teliti gambar tersebut (di atas) dan zoon pada bahagian matahari, kelihatan di awan kalimah Allah (ﺍﻟﻠَّﻪَ) dan Muhammad (محمد) serta beberapa tulisan jawi yang lain.

Difahamkan kejadian ini berlaku pada waktu pagi di mana saat matahari terbit. Gambar tersebut telah dirakam oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di dalam kenderaannya ketika hendak ke tempat kerja.

Akibat terpegun dengan dengan situasi itu ramai pengguna jalan raya yang lain turut berhenti untuk melihat fenomena itu. Gambar in terus tersebar secara meluas pada hari ini di media sosial.

Fenomena itu berakhir 30 minit selepas itu apabila matahari mula panas dan embun makin hilang maka ramai orang yang melihat pun beredar secara beransur-ansur

Walaubagaiman pun, penulis sendiri tidak dapat memastikan akan kebenaran perkara ini. Ini kerana, pada hari ini sudah banyak perisian untuk menyunting gambar seperti Photoshop dan sebagainya. Sehinggakan agak sukar untuk membeza foto yang sebenar dan foto yang telah disunting.

Dalam nada yang lain, jika benar-benarlah kejadian ini berlaku, penulis hanya mampu lafazkan ‘Subhanallah’. Mungkin ini merupakan salah satu bukti tentang kebesaran Allah SWT.

Sumber: Gosip Hott


AKHIRNYA ! Emak Bayi Dedah Punca SEBENAR Dia Nekad Campak Anaknya Dari Tingkat 18



Kuala Lumpur, 1 Mac: Wanita yang mencampakkan bayi perempuannya dari tingkat 18 Flat Danau Kota di sini semalam mendakwa anaknya itu sudah meninggal dunia selepas dilahirkan.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif, wanita terbabit, 39, direman selama enam hari bermula hari ini.

"Wanita berkenaan kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur manakala anak perempuannya berusia 5 tahun ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Wanita direman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 309B kerana membunuh anak selepas kelahiran," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Semalam, penduduk flat terbabit digemparkan dengan penemuan bayi perempuan bersama uri pada 8.30 pagi.

Deposit dalam akaun peribadi Najib lebih AS$1bilion, lapor WSJ


The Wall Street Journal hari ini melaporkan akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Naijib Razak sebenarnya menerima lebih AS$1bilion. – Gambar Wall Street Journal

The Wall Street Journal (WSJ) meneruskan siri pendedahan mereka berhubung akaun peribadi Datuk Seri Naijib Razak, melaporkan perdana menteri sebenarnya menerima lebih AS$1bilion – beberapa ratus juta lagi daripada yang dikenal pasti sebelum ini.

Akhbar perniagaan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) itu melaporkan, sumber mereka berkata penyiasat antarabangsa percaya kebanyakan dana itu berasal daripada syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

WSJ mula mendedahkan berhubung akaun peribadi Najib Julai tahun lalu tetapi masih lagi belum disaman perdana menteri yang menafikan semua tuduhan itu.



Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengatakan pada Januari “tidak terdapat bukti yang cukup” untuk mendakwa Najib bagi sebarang kesalahan membabitkan hampir AS$700 juta ditemui dalam akaun peribadinya.

Tetapi WSJ mengatakan maklumat penyiasat antarabangsa itu berbeza dengan kesimpulan peguam negara Malaysia.

Peguam negara mengatakan AS$681 juta yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib merupakan derma sah daripada keluarga Diraja Arab Saudi dan sebahagian besar daripada dipulangkan semula.

Apandi berkata, ini merupakan salah satu daripada sebab mengapa Najib dibersihkan daripada sebarang salah laku berkaitan deposit ke dalam akaun peribadinya.

Tetapi hari ini WSJ turut melaporkan penyiasat daripada 2 negara yang tidak dinamakan bersetuju hampir semua daripada AS$681 juta dikembalikan seperti diumumkan peguam negara.

Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat percaya wang itu berasal daripada 1MDB yang dinafikan secara konsisten digunakan untuk tujuan lain selain pelaburan.

WSJ berkata penyiasat percaya wang itu bergerak menerusi transaksi web kompleks dalam beberapa negara dan dengan bantuan 2 bekas pegawai Abu Dhabi, Persian Gulf yang ada ikatan kuat dengan 1MDB.

“Penyiasat memfokuskan kepada entiti yang mereka percaya menjadi saluran penting; syarikat dengan nama hampir sama dengan syarikat milik Abu Dhabi bernama Aabar Invesments PJS,” lapor WSJ.

Dalam pemfailannya, 1MDB dilaporkan membayar lebih sebilion dolar kepada Aabar – tanpa menyatakan nama penuh.

Tidak masuk ke syarikat milik Abu Dhabi itu, sebaliknya penyiasat percaya wang berkenaan ke syarikat yang mempunyai nama hampir serupa, didaftarkan di British Virgin Islands, dan selepas berpusing-pusing, AS$681 juta dapat dimasukkan ke akaun Najib, lapor akhbar itu.

1MDB ditubuhkan pada 2009 sebagai syarikat pelaburan strategik tetapi menjadi fokus beberapa penyiasatan tahun lalu selepas ia mengumpul hutang sehingga RM42 bilion.

Siasatan bermula bukan saja di Malaysia tetapi juga di Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Hong Kong dan Abu Dhabi, menurut WSJ.

Tahun lalu, WSJ melaporkan sebahagian wang itu untuk projek yang membantu parti pemerintahan Najib, Barisan Nasional mengekalkan kuasa menjelang pilihan raya umum pada 2013. – The Malaysian Insider

Pelajar IPTA dicabul ketika tunggang motosikal di Gong Badak.

Suspek berjaya ditangkap oleh orang ramai.
Kuala Nerus – Seorang pelajar wanita sebuah universiti Awam (IPTA) menjadi mangsa cabul ketika menaiki motosikal dalam kejadian yang berlaku di Bulatan Pak Tuyu dekat Gong Badak hari ini.
Mangsa yang dalam perjalanan ke kuliah universiti telah diekori secara perlahan dari belakang oleh suspek dan tiba-tiba meraba celah peha mangsa tanpa disedari dari sebelah kanan motosikal.

Kejadian jam 9 pagi itu telah menyebabkan mangsa terkejut dan cuba mengelak tindakan suspek tetapi gagal hingga mengakibatkan motosikal yang ditunggang hilang kawalan dan terjatuh.

Motosikal Suspek.
Suspek yang panik melihat mangsa tersungkur di tepi jalan bertindak cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai dan anggota keselamatan universiti dan telah diserahkan ke Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut.

Gadis yang berusia dalam lingungan umur 20-an mengalami kecederaan dan l

Penunggang motosikal khususnya wanita dinasihatkan berhati-hati sentiasa di jalan raya daripada tingkah laku orang yang tidak dikenali yang mempunyai niat yang tidak baik.

Sayu :5 Foto Ajal disubuh hari.. wanita 37 tahun dilanggar lari hingga berkecai daging badan di jalan

Jertih : Wanita berusia 37 tahun maut dalam keadaan badannya hancur digilis sebuah kenderaan dalam kejadian langgar lari di Kampung Anak Ikan, Jabi, di sini, 5.50 pagi tadi.
Kejadian itu dikatakan berlaku ketika Siti Fatimah Jusoh berjalan di hadapan sebuah stesen minyak yang belum beroperasi di kampung terbabit.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khalid Che Lah mengesahkan kejadian itu dan berkata wanita terbabit dipercayai tinggal berhampiran tempat kejadian.



Menurutnya, kawasan berkenaan gelap dan berkemungkinan pemandu kenderaan yang melanggarnya tidak menyedari mangsa berjalan di situ.

Katanya, pihaknya masih belum dapat mengenal pasti sama ada mangsa dilanggar kenderaan jenis apa kerana belum menerima sebarang laporan polis mengenainya.-HM