Wednesday 4 November 2015

ADA SEBAB SAYA TUMBUK IKA NABILA – AZMA AIZAL



Pengarah Azma Aizal berkata ada sebab dia bertindak menumbuk pelakon Ika Nabella di lokasi penggambaran drama Dawai Asmara pada Isnin lalu.

Azma bagaimanapun enggan berkongsi hal berkenaan namun menyifatkan laporan media yang dikeluarkan mengenai perbuatannya itu sudah ditokok tambah.

“Ada sebab saya berbuat demikian. Saya pun baru sahaja memberi keterangan kepada pihak polis dan siasatan kini sedang dijalankan. Apabila kes selesai, saya akan menceritakan hal sebenar apa yang berlaku. Bagaimanapun, cerita yang sudah menjadi viral di laman sosial itu sudah ditokok tambah,” katanya.

Sementara itu, Azma berkata, dia tidak gentar untuk berdepan dengan isu tersebut kerana percaya Tuhan akan menyebelahinya.

“Saya akan berdepan sahaja isu ini dalam apa-apa situasi pun. Allah sentiasa di sisi. Dalam pada itu, saya juga bersyukur kerana diberi ketenangan dalam menangani masalah ini. Biarlah pihak sana ‘berkicau’,” ujarnya.

Terdahulu, Ika mendakwa dipukul dan ditumbuk pada bahagian muka dan beberapa bahagian badan oleh pengarah lelaki itu. Berikutan kejadian tersebut, Ika membuat laporan di Balai Polis Hulu Klang, dekat sini pada malam hari kejadian.

No comments:

Post a Comment